Blogger Layouts

Jan 1, 2012

Tahun baru, Dugaan baru


Phew! Dah muncul taun baqu! Alhamdulillah, syukur kepadaMu ya Allah kerana telah memanjangkan usiaku. Selalu kalau sebut pasai taun baqu, mesti kebanyakan manusia akan sebut pasai resolution atau azam baqu. Aku? Azam aku setiap taun sama ja semenjak aku pegang title student ni. Nak study betoi2, tanak leka dah. Chewah. Kat mulut ja tuh. Hati? Selagi nama student, enjoy tu wajib. Haha. 

Actually, taun 2011 banyak bagi pengajaran dan pengalaman yang sememangnya aku tak boleh lupa tambah2 bila dah masuk dunia ‘degree’ yang penuh cobaan. Aku belajaq macamana nak jadik manusia yang baik, belajaq macamana nak handle problem, nak handle money, dan jugak belajaq macamana nak handle sikap kawan2 yang adakalanya sangat2 menyakitkan hati. Sesungguhnya, aku bukanlah seorang yang penyabaq. Oleh itu, dengan kemunculan taun 2012 yang telah menyebabkan umoq aku bertambah satu taun, dengan ini aku nak isytiharkan yang aku telah bebas! Bebas dari apa? Biarlah rahsia. Haha. 

Semoga taun baqu ni akan menjadikan aku lebih tabah, cekal, sabaq, beriman, bertaqwa dan lebih baik dari taun lepas. Ya Allah, aku mohon kepadaMu agar serapkanlah sikap ibuku yang penyabar, cekal, tabah dan segalanya kepada diriku. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Amin..






p/s: semua entry aku sgt membosankan -.-'